Monday 16 March 2015

ABOUT BATU PAHAT WELL


"Located along a shore at Minyak Beku near the mounth of the Batu Pahat river, the well was said to have been dug by fleeing Siamese troops after a failed attack on Malacca during the reign of Sultan Mansur Syah, the third Sultan of Malacca who ruled from 1446 to 1459. The Siamese soldiers, who were being pursued by Malacca forces under Bendahara Tun Perak filed south and sailed back to
siam (Thailand) via the south China sea. The district of Batu Pahat takes it names from the incident. Batu Pahat means chiselled stone. The legendary well is just a stone’s throw away from the Minyak Beku beach, one of the popular tourist destinations in Batu Pahat. The story of the adoption of the town’s name is inscribed in a plague that is placed next to the well after it was endorsed by the Tourism Ministry as a historical tourist attraction".

Perigi Batu Pahat terletak di tepi pantai Minyak Beku berhampiran dengan muara Sungai Batu Pahat (kini lokasinya ialah bersebelahan dengan Balai Polis Minyak Beku). Saiz perigi ini hanyalah 10 kaki sahaja dan perigi ini dikatakan telah dipahat oleh askar-askar Siam semasa melarikan diri setelah tewas dalam peperangan menyerang
Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka ke III (1446-1459). Askar-askar Siam telah dikejar oleh ‘Bendahara Tun Perak’, Bendahara Melaka dan pengikut-pengikutnya hingga ke Muar. Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu di kawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Selepas itu, askar-askar Siam meneruskan perjalanan ke Selatan dan kembali ke Siam melalui Laut China Selatan. Nama daerah Batu Pahat adalah bersempena dari peristiwa tersebut di mana ianya telah menggantikan nama Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

Ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka III (1446 – 1459),  askar-askar Siam  pada pemerintahan Dinasti Ayuthia telah menyerang kerajaan Melaka. Ayuthia iaitu nama lengkap Phra Nakhon Si Ayutthaya merupakan satu wilayah di tengah Thailand. Antara wilayah yang berhampiran ialah Ang Thong, Lop Buri, Saraburi, Pathum Thani,

Nonthaburi, Nakhon Pathom dan Suphan Buri. Mengikut sejarah, Ayuthia pernah menjadi ibu negara Siam atau Thailand dari pemerintahan 1350 hingga serangan tentera Burma pada 1767. 

Askar-askar siam ini melarikan diri setelah tewas dalam peperangan menyerang kerajaan Melaka dan askar-askar Siam dikejar oleh ‘Bendahara Tun Perak’,  iaitu Bendahara Melaka pada ketika itu dan pengikut-pengikutnya sehingga ke Muar. Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu di kawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Tujuannya ialah untuk mengumpulkan air tawar untuk keperluan mereka semasa

belayar. Selepas itu askar-askar Siam meneruskan perjalanan ke Selatan melalui
Singapura dan kembali ke Siam melalui Laut China Selatan. 

Daripada peristiwa tersebut maka lahirlah nama Batu Pahat sehingga sekarang. Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah bandar dan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor 

Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat berada di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

GAMBAR-GAMBAR DIBAWAH MENUNJUKKAN PERIGI BATU PAHAT YANG TELAH DIBINA OLEH TENTERA SIAM.
                                                                                                      
GAMBAR PERIGI SEWAKTU KETIKA DAHULU


       
         GAMBAR PERIGI BATU PAHAT MASA KINI 



GAMBAR PERMANDANGAN PERIGI MASA KINI

Gambar menunjukkan banyak aliran yang menyebabkan air dapat bertakung ke dalam perigi apabila hujan. Ada juga yang menyatakan perigi batu pahat ini sebenarnya terdapat di Pulau Sialu berhampiran Pantai Minyak Beku ini. Kebenaran cerita ini adalah diturunkan dari generasi ke generasi. 

 



      
Nama daerah Batu Pahat adalah bersempena dari peristiwa tersebut.Perigi ini merupakan satu-satunya:
"peninggalan sejarah yang masih wujud walaupun sudah berusia lebih lima abad lamanya" yang terletak di Kuala Sungai Batu Pahat .






                                                                                  

untuk kemudahan kepada pengunjung luar yang berminat untuk mengunjungi tempat bersejarah ini, admin ingin memberikan sedikit maklumat mengenai Perigi Batu Pahat.


Maklumat Mengenai Perigi Batu Pahat


Profil
Alamat
Perigi Batu Pahat, Kampung Minyak Beku,
83000 Batu Pahat, Johor
No.Telefon
No.Faks
+607-433 8469
+607-431 1855
Website
Waktu Melawat
Setiap Hari
Kemasukan
Percuma

Perigi Batu Pahat adalah tempat yang mempunyai sebuah perigi dimana tempat itu diberi nama. Bertempat di pantai Minyak Beku, pelawat dibenarkan melawati pantai tersebut untuk melihat sebahagian besar sejarah bandar Batu Pahat.

Lokasi
Perigi Batu Pahat terletak 11 km ke arah selatan Bandar Batu Pahat.
Akses dan Pengangkutan

Dari Terminal Batu Pahat
Bus
-
Laluan
-
Tempoh
-
Tambang
-
Tambang Teksi
RM15.00

Jarak Perjalanan
Bandar Batu Pahat
11 km
Bandar Kluang
64 km
Bandar Muar
59 km
 sumber: portal rasmi: Majlis Pembandaran Batu Pahat.

JANGAN LUPA UNTUK LIHAT VIDEO "JOGET BATU PAHAT" YANG TELAH ADMIN KONGSIKAN BERSAMA.

No comments:

Post a Comment